Sekapur Sirih, Selamat Datang

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera......

Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T. GB4B (M) Kawasan Tangga Batu Cawangan Batang Tiga Barat dapat mencipta dan membangunkan sebuah laman web untuk paparan kita semua pada hari ini. Ia juga boleh dijadikan sumber maklumat untuk orang luar mengetahui lebih dekat mengenai aktiviti-aktiviti gerakan belia 4B kampung kami serta mengenali lebih mendalam suasana keindahan kampung kami sekarang.

Dengan adanya laman web ini, masyarakat luar boleh berkongsi maklumat dengan belia-belia di kampung ini.Pihak kami juga sedang mengerakkan bidang Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) satu program khas bagi belia di kampung ini. Sejajar dengan itu, kami mencipta motto untuk Gerakan Belia 4B Batang Tiga Barat "Menjana Desa Ke Arah ICT".


Selain itu terdapat juga pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun mengikut gerak-gerak diantaranya seperti:-

a) Gerak Ilmu
b) Gerak Korporat
c) Gerak Dakwah
d) Gerak Wanis
e) Gerak Remaja
f ) Gerak Sukan
g) Gerak Masyarakat

Kepada Jawatankuasa dan semua Ahli Belia GB4B (M) Cawangan Batang Tiga Barat “Terima Kasih Daun Keladi” semoga kita akan mencapai kejayaan dalam lapangan

0 komen: