Kejayaan BATIBA di Peringkat Kebangsaan

15 May 2008

Sekalung Tahniah kepada Pertubuhan Belia Batang Tiga Barat BATIBA kerana mendapat tempat ke-2 Anugerah Pertubuhan Belia Perdana Peringkat Kebangsaan.

Kejayaan ini membuktikan yang BATIBA mampu bersaing dengan pertubuhan belia seluruh Melaysia. Ia menaikkan nama Melaka di persada negara sebagai antara belia 4B paling aktif di Malaysia

Sebagai sebuah pertubuhan belia yg ditubuhkan pada 14tahun lalu, kejayaan ini semestinya amat membanggakan. BATIBA telah melakar kejayaan demi kejayaan sehinga melakar sejarah dan kenangan manis apabila dinobatkan sebagai Naib Jjuara Anugerah Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan menewaskan 12 buah negeri lain di Malaysia.

Diharap dengan kejayaan ini akan memberi semangat kepada anggota BATIBA dan belia setempat untuk terus bersaing dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan.

Pertandingan ini dijuarai oleh
Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP)

Tahniah Sekali Lagi Kepada BATIBA

0 komen: