Sejarah Penubuhan


Pada awal tahun 1994, kira – kira 20 orang belia Kampung Batang Tiga Barat telah bersepakat untuk menubuhkan Gerakan Belia 4B untuk kampung ini. Mereka berpendapat dengan adanya pertubuhan belia maka banyak program yang disediakan oleh Kerajaan melalui Kementerian Belia Dan Sukan boleh dinikmati oleh belia–belia kampung ini.


Maka pada 15 Mei 1994 satu mesyuarat penaja yang pertama telah diadakan di Balairaya Batang Tiga Barat. Dalam mesyuarat itu , penduduk Kampung Batang Tiga Barat telah sebulat suara untuk melantik saudara Isnin Bin Aman sebagai Pengerusi Penaja yang pertama dan saudara Hj. Ramli Bin Mohamed sebagai Setiausaha. Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Penaja yang dipilih :-

1. Hj. Abdul Rahman Bin Salleh
2. Hj. Abd Aziz Bin Majid
3. Pn. Zuraidah Bte Abdul
4. En. Muhayaddin Bin Ismail
5. En. Moktaruddin Bin Hj. Abu
6. En. Maznur Bin Maidin
7. En. Mohd Nor Bin Ismail
8. En. Yusof Bin Isnin
9. En. Abdul Syukur Bin Maarof
10. En. Abd Aziz Bin Mustafa
11. Hj. Talib Bin Murad
12. En. Senin Bin Sharif
13. En. Abd Ghaffar Bin Mahmod
14. En. Badrin Bin Abu Bakar
15. En. Lizam Bin Abu Bakar
16. Pn. Saripah Bte Murad
17. Pn. Wardah Bte Kudus
18. Pn. Sarimah Bte Baba

Bermula daripada itu, pelbagai program telah di rancang dan dilaksanakan demi kepentingan belia–belia kampung. Masyarakat setempat dan orang tua–tua kampung turut menyokong penuh pertubuhan ini. Mereka telah menyertai dan memberi sokongan penuh kepada semua program yang telah dijalankan.


Selain itu, saudara Hj. Ramli Bin Mohamed telah ditugaskan untuk mendaftarkan pertubuhan ini dengan Gerakan Belia 4B Kawasan Batu Berendam. Manakala, saudara Isnin Bin Aman ditugaskan untuk memastikan kawasan mendaftarkan ke Gerakan Belia 4B Malaysia. Ketika itu, saudara Isnin adalah Setiausaha Gerakan Belia 4B Kawasan Batu Berendam.


Pada 25 Oktober 1994, Pejabat Pertubuhan Pendaftaran telah meluluskan Gerakan Belia 4B (M) Batang Tiga Barat dengan nombor pendaftaran PPM/MEL:626/66-3543.


Berikut adalah senarai ketua gerakan bagi Gerakan Belia 4B (M) Batang Tiga Barat.










0 komen: