Gerak Sukan


En. Zaharudin Bin Sapian
Ketua Biro Gerak Sukan

Gerak sukan BATIBA diwujudkan selaras dengan aspirasi dan kehendak golongan remaja yang memerlukan aktiviti sukan. Gerak sukan dipegerusikan oleh En. Zaharudin Bin Sapian. GERAK SUKAN bertujuan membentuk belia yang aktif, cergas dan dinamik ke arah memajukan negara. Gerakan Belia 4B Malaysia telah memilih sukan sepak takraw sebagai keutamaan di samping menggalakkan acara-acara sukan yang lain

Selain Sepak Takraw, gerak sukan BATIBA juga aktif dalam sukan-sukan lain. Antara pengibatan sukan lain yang disertai oleh BATIBA adalah futsal. BATIBA menyertai pertandingan futsal peringkat DUN Klebang dan pertandingan Futsal anti dadah Malaysia peringkat Negeri Melaka. Selain futsal, anggota Belia 4B Batang Tiga Barat juga menyertai pertandingan bola sepak anjuran DUN Klebang. Disamping itu juga, anggota BATIBA menyertai pertandingan Bola Tampar Anjuran Kelab Sukan dan Komuniti (KSK) dan pertandingan Street Soccer sempena Hari Belia Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Tanjung Bidara.

Berbekalkan Objektif yang amat jelas untuk melahirkan masyarakat Belia yang aktif, cergas dan dinamik, Gerak Sukan BATIBA berharap agar semua anggotanya terlibat dan menyertai secara aktif semua aktiviti yang dianjurkan dari masa ke semasa.


Aktiviti Gerak Sukan BATIBA

  • PERTANDINGAN FUTSAL PERINGKAT DUN KLEBANG
  • PERTANDINGAN BOLASEPAK PERINGKAT DUN KLEBANG
  • BOLA TAMPAR ANJURAN KELAB SUKAN DAN KOMUNITI (KSK)
  • STREET SOCCER SEMPENA HARI BELIA PERINGKAT NEGERI MELAKA DI TG,BIDARA
  • FUTSAL ANJURAN ANTI DADAH MALAYSIA PERINGKAT NEGERI MELAKA
Paparan Slide Aktiviti Gerak Sukan


0 komen: