Gerak Masyarakat

Kamaruddin B Hassan
Ketua Biro Gerak Masyarakat

Gerak masyarakat adalah bertujuan untuk membantu menjayakan sesuatu program di samping menyumbangkan tenaga dengan sukarela. Justeru itu ia melahirkan beliayang prihatin terhadap persekitaran masyarakatdan bergabung tenaga membantu masyarakat.

Gerak ini juga berfungsi menyalurkan bantuan
samada dari segi bentuk kewangan, fizikal, rohani dan jasmani dalam menjayakan sasuatuprogram yang diadakan di Gerakan Belia 4BCawangan Batang Tiga Barat ini.

Gerak Masyarakat merupakan Gerak yang
aktif untuk membela nasib setiap masyarakat dan ahli-ahli Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Batang Tiga Barat. Sejak awal tahun 2005 Gerak ini telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk masyarakat kampung dan tempatan.Antaranya seperti "Program Pembangunan Insan".

Antara perlaksanaan "Program Pembangunan Insan"
yang telah dilaksanakan oleh gerak ini adalah seperti:-

• Gotong royong
• Kelas Bimbingan Peperiksaan

• Membuat Mural Dinding

• Sukaneka

• Pertandingan Melukis, Mewarna


"PROGRAM KEBAJIKAN"


Di bawah Gerak Masyarakat terdapat satu
bahagian yang dinamakan "Program Kebajikan". Program ini berperanan untuk membela nasib ahli-ahli yang kurang bernasib baik, kurang upaya dan dalam keadaan uzur. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalahseperti:-

• Sambutan Hari Warga Emas
• Sambutan Ibu Tunggal dan Anak-anak Yatim

• Mengunjungi Jawatankuasa dan Masyarakat yang
sakit atau meninggal dunia

Paparan Slide Aktiviti Gerak Masyarakat


0 komen: