Gerak Korporat


En. Isnin Hj. Aman
Pengerusi Gerak Korporat

Gerak korporat ditubuhkan adalah untuk membantu ahli-ahli belia aktif di dalam ekonomi sejajar dengan perkembangan negara sebagai sebuah negara yang maju dari segi teknologi dan industri. ia juga bertujuan untuk melahirkan usahawan muda di dalam gerakan Belia 4B (M) Cawangan Batang Tiga Barat.

Antara projek-projek yang dihasilkan oleh ahli Gerakan Belia 4B (M) Batang Tiga Barat ialah seperti:-

• Projek Pertanian
• Kedai Belia
• Gerai Belacan dan cincaluk
• Bengkel Kereta
• Ternakan Lembu
• Ternakan ayam
• Ternakan Kambing
• Tanaman Pisang
• Tanaman Tebu
• Chalet
• Kontraktor

Antara projek pertanian yang dijalankan oleh ahli belia 4B (M) Cawangan Batang Tiga Barat ialah Mangga Delight yang di usahakan oleh En. Razin Bin Baba. Beliau telah mengusahakan tanaman ini sejak tahun 2003 dengan keluasan 1.5 ekar. Kemahiran yang dimiliki selama bekerja di Jabatan Pertanian Melaka menjadi inpirasi kepada beliau untuk mengkormesialkan hasil tanamannya.

Beliau dibantu oleh beberapa ahli belia yang
berminat dalam sektor pertanian. Peluang pekerjaan yang diberikan kepada ahli belia dapat mengurangkan masalah sosial pada masa kini. Berbakti kepada tanah sudah tentu membuahkan hasil yang lumayan, kini beliau merupakan pengedar buah mangga delight di Cawangan Batang Tiga Barat.


Paparan Slide Aktiviti Gerak Korporat


0 komen: